Followers

Monday, July 16, 2012



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Monday, March 19, 2012

sahabat sejati



“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :




    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

http://diarihati.com/blog/2011/10/24/sahabatsejati/
Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama
Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan
(Minggu pertama hingga minggu ke 16) 

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja. 

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis.

 Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak. 


Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
 
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak. 

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Friday, March 9, 2012

دولة



Era Madinah: Sebuah Negara

Sasaran: Menjelaskan kepentingan daulah dalam usaha dakwah Muhammad s.a.w.. Islam perlu diperlihatkan sebagai sebuah sistem hidup manusia. Apabila Islam berkuasa segala syariat Islam dapat dilaksanakan dan manusia dapat melihat keindahan Islam secara keseluruhan.

Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M).

Kuasa di Tangan Islam

Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di Madinah dan disepakati oleh seluruh penduduknya dalam Piagam Madinah.

Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam:

(Makkah)         10/11 Nubuwwah – Solat
(Madinah)       2 Hijriyyah – Jihad, Azan, Puasa, Zakat
3                – Larangan Arak (i) , Riba, Perkahwinan
4                – Hijab, Arak (ii)
5                – Tayammum, Zina, Tuduhan
6                – Perincian hal munakahat
7                – Arak (iii), Riba’
8                – Jizyah, Haji

Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Madinah:

  1. Pembinaan Masjib Nabawi.
  2. Persaudaraan Aus dan Khazraj.
  3. Piagam Madinah (Ibnu Ishaq): Ini menyatakan tanggung jawab Muslimin, ahli Madinah dan juga Kaum Yahudi.
Seruan Jihad :
  1. Penghantaran kumpulan-kumpulan Sariyah, seperti peristiwa Nakhlah (Abdullah bin Jahsy[1])
  2. Perang Badar 2 Hijriyyah
    1. Perang pertama umat Islam. Peperangan yang tidak dijangka. (Surah Al-Anfal)
    2. Bani Qainuqa’ dihalau (keran mengungkit cerita Bu’ath yang menyebabkan pergaduhan orang Ansar)
  3. Perang Uhud 3 H (Syawal)
    1. Peristiwa Raji’ (10 sahabat), Bir Ma’unah (70 sahabat pilihan hafaz Al-Quran)
    2. Bani Nadhir dihalau
  4. Perang Khandaq 5 H  (Zulqaedah)
    1. Kemudian Rasulullah berkata: ”Sekarang kitalah yg akan menyerang mereka, dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yg akan mendatangi mereka.”
    2. Perang Bani Quraizah
  5. Perjanjian Hudaibiyah 6 H (Zulqaedah)
    1. Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1400 atau 1500 orang Muslim pergi untuk mengerjakan umrah.
    2. Baiat Ridwan (Surah Al-Fath 48: 18)
Selepas Perjanjian Hudaibiyah (perdamaian 10 tahun)
  1. Dakwah kepada Amir/Raja (diplomasi)
1- Najasyi (Habsyah) Ashamah b Al Abiar
2- Muqauqis (Mesir)
3- Kisra (Persia)
4- Kaisar (Rom)
5- Mundzir b Sawa (Bahrah)
6- Haudzah b Ali Al-Hanafy (Yamamah)
7- Al Harith (Damsyik)
8- Raja Uman
  1. Perang Khaibar 7 H
    1. Serangan terhadap kubu kuat Kaum Yahudi di Khaibar.
    2. Bilangan tentera Muslim : 1400 orang
  2. Perang Mut’ah 8 H
    1. Tentera Islam menuju ke Syam dan sampai ke suatu tempat yang jaraknya 2 hari berjalan ke Baitulmaqdis. Ketua tentera: Zaid Haritsah → Ja’afar → Abdullah bin Rawahah
  3. Fathul Mekah 8 H
    1. Dirahsiakan daripada pengetahuan Makkah
    2. Kisah Hathib b Abi Balta’ah (ahli Badar) yang cuba memberitahu keluarganya di Makkah tetapi dimaafkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
    3. Abu Sufyan bersama isterinya Hindun memeluk Islam setelah pembukaan Makkah.
  4. Perang Hunain 8 H
    1. Pertama kalinya tentera Islam melebihi tentera musuh.
  5. Perang Tabuk 9 H
    1. Tentera Islam pergi menyerang tentera Rom di Tabuk. Mereka menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah. (Surah At-Taubah)
  6. Haji Wida’ 10 H
    1. Disertai seramai 124000 atau 144000 orang.

Peningkatan yang Mendadak

Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam. Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijriyyah. Kenapa ini boleh berlaku?

Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.


Era Khulafa’ Ar-Rashidin: Pengukuhan

Era bermula pada 633 hingga 661 Masihi.

Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Perlantikan di Tsaqifah Bani Saadah (disertai oleh Umar dan Abu Ubaidah)
Pemerintahan beliau berlangsung selama 2 ½ tahun
Menyelesaikan masalah murad dan keengganan untuk membayar zakat. Beliau mengutuskan 11 batalion askar untuk memerangi golongan-golongan ini.
Perang Yarmuk (diketuai Khalid Al-Walid): Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom.

Umar Al-Khattab r.a.
Menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai Ketua Tentera.
Syam(Rom): Abu Ubaidah Al Jarrah. Khalid dibawah Abu Ubaidah menawan Palestin. Peristiwa penyerahan kunci kepada Umar Al-Khattab.
Iran (Parsi): Cubaan pertama – Abu  Ubaid b Mas’ud gagal, Cubaan kedua – Saad Abi Waqas berjaya (Perang Qadisah 636 M).
Mesir: Amr Al As. Beliau juga menawan sebahagian Palestin.

Islam telah berkembang daripada Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia.

’Uthman Al-Affan r.a.
Islam telah sampai ke Iskandariah dan berkembang lagi di Armenia.
Afrika: Telah berjaya sampai ke Tripoli. Kemudian cuba memasuki Gregory tetapi gagal.
Cyprus dan Rhodes: Misi pembukaan menggunakan jalan laut pada 28 atau 29 H. Ini adalah sebahagian usaha untuk menakluki Constantinopole.
Usaha mengadakan Mushaf ’Uthmani untuk menyelesaikan perbezaan dari segi bacaan Al-Quran.

Ali Abi Talib r.a.
Mengalami konflik dalaman mengenai isu pembunuhan ’Uthman r.a.
Mengalami konflik dengan Muawiyah dalam isu kepimpinan.
Dalam keadaan ini, tentera Kristian cuba ambil kesempatan ingin menyerang umat Islam tetapi Muawiyah menulis surat kepada maharaja Kristian itu: ”Kau jangan tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, kau akan dapati orang pertama mara menghukummu di bawah Ali adalah Muawwiyah.” Akhirnya, tentera Kristian itu mundur ketakutan.

Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.



[1] Peristiwa yang berkait dengan Surah Al-Baqarah 2: 217. Kumpulan Abdullah bin Jahsy telah menyerang kafilah dagangan orang Quraisy Makkah dalam bulan haram (Bulan Rejab).

Thursday, March 8, 2012

دعوة


Penyediaan Muhammad sebagai Nabi






1. Di Perkampungan Bani Sa’adah
Baginda dibesarkan selama 4 tahun oleh keluarga susuannya. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

2. Peristiwa Penyucian Hati
Baginda mengalami penyucian hati oleh Malaikat Jibril ketika berusia 5 tahun. Malaikat Jibril keluarkan hati dan basuh dengan air zamzam (Hadith dari Anas). Peristiwa yg sama berlaku ketika Muhd s.a.w. berusia 51 thn (sebelum Isra` Mi’raj).

3. Mengembala Kambing dan Berniaga
Baginda mengembala kambing ketika bersama pakciknya, Abu Thalib. Sabda baginda:
“Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu.”
Baginda berniaga bersama pakciknya dan kemudian, Khadijah binti Khuwailid.

4. Tidak Berpoya-poya dan Tidak Terdedah kepada Amalan Syirik
Peristiwa baginda tertidur dalam 2 majlis keramaian (perkahwinan) dan baginda juga tidak terlibat
bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi.

5. Gelaran Al-Amin dan As-Shadiq
Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji. Kematangan baginda terserlah semasa peristiwa perletakkan Hajaratul Aswad ketika berumur 35 tahun.

Era Jahiliyyah: Kegelapan

Sasaran: Menjelaskan permasalahan dan kemerosotan yang dialami oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Keadaan dan suasana yang dihadapi oleh Muhammad s.a.w. dalam usaha menyampaikan seruan Islam.

Era ini juga dikenali sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Ini dapat dilihat dari 2 aspek iaitu, aspek material dan juga aspek moral.

Dalam membicarakan era jahiliyyah wajar kita menumpukan kepada soal moral masyarakat Arab ketika itu.

Ketuhanan: Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. 400 tahun sebelum kedatangan Muhammad s.a.w., Amr bin Luhai membawa sebuah berhala Hubal dari Syam dan menjadi berhala yang pertama di Kota Makkah (diletakkan di atas Ka’abah). Setiap kaum mempunyai berhala mereka sendiri. Ada yang menjadikan berhala sebagai perantara dan masih menganggap Allah sebagai pencipta alam ini (Surah Luqman 31: 25).

Asobiyyah Jahiliyyah: Mereka sangat mengagung-agungkan kaum sendiri. Mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Juga suka merendah-rendahkan kaum lain. Keagungan kaum diperolehi dengan kehebatan dalam peperangan dan kekuatan persenjataan.

Selain itu, sangat berleluasa perlakuan zina[1], judi, pembunuhan anak perempuan[2] dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.


[1] Menurut riwayat Aisyah r.a. ada 4 jenis perkahwinan: 1) Perkahwinan yang sah 2) Kahwin mencari anak pintar 3) Persetubuhan dengan pakatan orang lelaki 4) Perempuan merelakan dipersetubuhi oleh ramai lelaki (meletakkan kain di pintu).
[2] Pembunuhan anak perempuan dilakukan ketika anak itu berumur 5 atau 6 tahun, ditanam dalam lubang hidup-hidup atau direjam sehingga mati.

Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah

Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.:

…Jibril menemui baginda dan memerintah baginda membaca dengan katanya: Bacalah (اقْرَأ), jawab baginda: Daku tidak tahu membaca (مـا أنـا بقـارئ), dipeluknya baginda sehingga kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab baginda: Daku tidak tahu membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan jawab Baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketiga kemudian dilepaskan dengan katanya: 

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥)
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-'Alaq 96: 1-5)...”

Kemudian baginda s.a.w. pulang kepada Khadijah r.a. dan seterusnya bertemu Waraqah bin Naufal, mengesahkan kenabian baginda. Berlaku penangguhan wahyu selama 40 hari.

Wahyu kedua: Surah Al-Muddastsir: 1-7

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (١)قُمْ فَأَنْذِرْ (٢)وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (٣)وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (٤)وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (٥)
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!
  Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

Dakwah Sirriyah: 3 tahun yang tersembunyi

Rasulullah s.a.w. kemudiannya memulakan seruan dakwahnya kepada mereka yang terdekat dan dipercayainya. Ini termasuk Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakr r.a. (golongan pertama). Melalui Abu Bakr r.a. : ‘Utsman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a.. Seterusnya, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Said bin Zaid dan Fatimah Al-Khattab, Bilal bin Rabah, Abdullah bin Jahsy dan Suhaib Ar-Rumi. Selama 3 tahun, seramai 40 orang (anggaran) yang memeluk Islam.

Rasulullah tidak berlengah dalam memulakan seruannya. (قُمْ فَأَنْذِرْ) sudah cukup untuk menyedarkan manusia yang selama ini tertidur. “Sudah berlalu masa tidurku

Dakwah Jahriyyah: Seruan terbuka
Bermula dengan keluarga (Surah As-Syu’ara’ 26: 214),
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأقْرَبِينَ
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”

Nabi menyeru kepada kaum keluarganya (2 majlis kenduri). Pertama: Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata apa-apa pun kerana Abu Lahab membuat kecoh. Kedua: Abu Talib menyatakan kebersediaan dia untuk menyokong Nabi s.a.w.
Kemudian, seruan kepada masyarakat umum (Surah Al-Hijr 15: 94),

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”

Nabi menyeru kepada penduduk Makkah di Bukit Safa. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud: (تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ) "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".


Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan usaha menyebarkan Islam selama 13 tahun kepada setiap manusia di Makkah dan sekelilingnya. Dakwah Islamiyyah tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.

1.      Penentangan oleh Kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if.
2.      Tuduhan [Tenung nasib, Gila (Surah Al-Hijr 15: 6), Penyair, Sihir (Surah Sad 38:4)]
3.      Siksaan [Nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal[1], Ammar dan Keluarga Yasir[2], Khabbab bin Al-‘Arts]
4.      Boikot selama 3 tahun pada tahun 7 Nubuwwah [Bani Hasyim dan Bani Muthalib]
5.      Diplomasi [Gilir-gilir sembahan (Surah Al-Kafirun), ‘Utbah bin Rabi’ah: Harta, Kehormatan, Raja atau bagi tabib]

Kisah Abu Dzar Al-Ghifari: Mahu mendalami Islam lalu pergi Makkah sendiri. Bertemu dengan Ali r.a. dan dibawa bertemu Muhammad s.a.w.. Dia mengisytiharkan keislamannya di tengah-tengah Masjidil Haram dan dibelasah (Al-Abbas tolong mempertahankannya).

Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah di Makkah, hanya 300 orang yang menerima Islam (anggaran). Sedangkan, Nabi s.a.w. mempunyai masa yang cukup panjang untuk berdakwah dan penduduk Makkah hanyalah dalam lingkungan 10 000 orang sahaja[3] (anggaran diambil dari Perang Uhud). Rasulullah ‘sepatutnya’ telah bertemu dan berdakwah kepada setiap orang di Makkah. Kenapa dakwah Nabi tidak diterima sedangkan baginda dikenali sebagai Al-Amin?
Pada permulaan ini, seruan Nabi s.a.w. menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t. dan kembali beriman dengan kehidupan Akhirat. Secara keseluruhannya, seruan ini berkisar mengenai Aqidah. Tidak banyak syariat Islam yang ditetapkan pada era ini. Allah tidak membenarkan umat Islam pada ketika itu mengangkat senjata dan membalas penentangan (Surah An-Nisa’ 4: 77):

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ...
“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang Yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang Yang belum diizinkan)…".”

Kualiti manusia yang menerima Islam:  مفكر، منتج، عامل، جريء (berani, bekerja, produktif, berfikir).


[1]Bilal bin Rabbah: Dijemur dan ditindih dgn batu besar. Dia mengulang-ulang, “Ahad…Ahad.”
[2]Yasir dan Sumayyah (ditusuk pada jantung) mati dibunuh oleh Abu Jahal. ‘Ammar dijemur dan ditindih dgn batu besar serta ditenggelamkan berulang-ulang ke dalam kubang…akhirnya dia tumpas…Abu Jahal suruh dia puji Lata dan ‘Uzza…Surah An Nahl: 106.
[3] Ini dianggarkan melalui bilangan tentera Musyrikin Makkah yang menyertai Perang Uhud iaitu seramai 3000 orang. Dengan itu, dianggarkan terdapat 3000 orang perempuan di Makkah dan seramai lebih kurang 4000 olagi terdiri daripada kanak-kanak, orang tua dan mereka yang tidak turut serta dalam perang itu.
 

cahaya mata ke-2

alhamdulillah,tahniah pada kak tie dan abg wan kerana telah mendapat cahaya mata yang ke-2 bertarikh 03/03/2012 (12.32 P.M )








8 cara menjadi isteri dambaan suami8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.


8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

TAUTAN MINDA

Dengarlah Doa Ku

Ya ALLAH,
Dengan ilmuMu atas yang ghaib dan kuasaMu atas seluruh makhluk
Hidupkanlah aku jika dalam pengetahuanMu kehidupan itu lebih baik bagiku
Dan matikanlah aku jika dalam pengetahuanMu kematian itu lebih baik bagiku

Ya ALLAH,
Aku mohon kepadaMu rasa takut baik pada saat terlihat maupun tersembunyi
Aku mohon kepadaMu kalimat yang benar pada waktu rela maupun marah
Aku mohon kepadaMu sifat hemat pada waktu fakir maupun kaya
Aku mohon kepadaMu nikmat yang tak habis-habis
Aku mohon kepadaMu kesenangan hati yang tak pernah putus
Aku mohon kepadaMu kerelaan setelah ada ketetapan, sejuknya kehidupan setelah mati
Nikmat saat melihatMu dan rasa rindu untuk bertemu denganMu
Tidak dalam kesulitan yang menyengsarakan
Tidak pula dalam fitnah yang menyesatkan

Ya ALLAH,
Hiasilah kami dengan hiasan keimanan
Dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk bagi orang-orang yang mendapat petunjuk
Amiin.

(HR. An-Nasa’i, Imam Ahmad, Ibnu Hibban)

Hidup

Hidup

Perjuangan abadi Oleh semua yang bernafas

Yang merasai akan agungnya Karya ciptaannya

Hidup Menempuh pelbagai cabaran

Semata untuk mempastikan

Kita pejuang yang berjaya

Menempuh dan mengalami

Ertinya yang sebenar..

Hidup pelbagai Definisi diberikan Kepalsuan, kesusahan, Kerakusan Dan kebahagiaan

Namun satu yang dicariPengalaman yang tidak akan Kembali..

Hidup Akhirmu bukan dikubur

Namun bergantung kepada

Perjuanganmu Nanti akan ditentukannya...

Asma Allah Lyrics

Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee’, Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra’uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha’fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu’izzu a’izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa’ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)

There was an error in this gadget