Followers

Sunday, May 29, 2011

Bagaimana Melatih Anak Menjadi Hafiz



Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah oleh Norliza Abd. Rahman KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.



Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37.

Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w.."Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti.

Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

JadualMenurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris.

Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkanuntuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysiaatau Sijil Menengah Agama kelak.

Ilmu akhiratDengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa."Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeruberapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu."Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.


menuju wawasan


Menuju Wawasan’. Lagu nasyid ini beserta liriknya amat berkesan dalam diri dan menjadi pemerkasa keyakinan, penaik semangat dan penguat iltizam di kala rasa ‘down’ dan pada saat merudum kemahuan. Dikongsikan lirik lagunya yang mudah-mudahan membakar semangat dan menyalakan api semangat juang kerana ALLAH.


.........~ teringat memori~ apabila ayah ana pulang dari kursus pembangunan insan,ayah akan nyanyikan pada ana dan adik2 termasuklah lagu menuju wawasan. Rindu sangat dekat ayah sebab ayah sangat penyayang dan memahami akan anak-anak . Terima kasih ayah......


~apabila anda ada permata hati/anak2 yang soleh ...silalah mhiburkan dengan lagu2 yang bermotivasi~


Tajuk Lagu : Suara Firdaus
Dari : Suara Firdaus


Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam



Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada ALLAH Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Do’a sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh!

Umat Islam sentiasa boleh!



Umat Islam zaman lampau

Taat perintah Rasulullah

Bersama berusaha

Bersatu tuju wawasan

Dunia dan Akhirat

Wawasan dunia dan Akhirat



Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia



Wawasan diri

Penuhi dada dengan ilmu

Wawasan agama bekalan masa depan dan Akhirat



Kuat usaha

Jujur dan amanah

Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH



Aqidah ibadah harus sempurna

Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan

Ulama’ warisan anbiya’

Pegangan mereka harus diikut

Ajaran sesat wajib hindari!

Saturday, May 28, 2011

Kaedah menjadi wanita paling anggun di dunia

Posted on Januari 5, 2007 oleh Hikmatun
Dipetik dari buku ‘Jadilah wanita yang paling bahagia’, Shaykh Dr ‘Aidh Al Qarni
“Ambillah dari angin sepoi-sepoi kelembutannya, dari minyak misk keharumannya dan dari gunung ketegarannya dan kekukuhannya.”
Anda, dengan kecantikan yang Anda miliki, lebih anggun daripada mentari. Anda, dengan akhlaq yang Anda miliki, lebih harum daripada kasturi. Anda, dengan kerendah-dirian yang Anda miliki, lebih tinggi daripada rembulan. Anda, dengan sifat keibuan yang Anda miliki, lebih menyegarkan daripada hujan. Oleh kerana itu dengan iman, peliharalah keredhaan itu dengan sikap qana’ah dan peliharalah kesucian diri itu dengan hijab.

Ketahuilah, bahawa perhiasan Anda bukan terletak pada emas dan perak, dan bukan pada berlian yang Anda kenakan, melainkan pada dua raka’at di penghujung malam, kehausan di tengah hari yang terik sebab puasa kerana Allah, shadaqah yang tersembunyi tanpa ada yang mengetahuinya selain Allah, air mata hangat yang membersihkan dosa, sujud yang lama di atas hamparan sajadah, dan rasa malu kepada Allah saat dorongan kejahatan dan rayuan setan datang menggoda.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian Anda nescaya Anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian Anda tambal-sulam. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung Anda di dunia meskipun Anda tidak beralas kaki. Hindarilah oleh Anda pola hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non muslim, yang suka memperlihatakan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengindahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakarnya neraka Jahannam.

“Tiada yang memasukinya, kecuali orang yang paling celaka.” (QS 92: 15)
“Di setiap bahagian dari kehidupan Anda, pasti akan ditemui sisi yang gelap, tiada lain bagi Anda untuk menanggulanginya, kecuali dengan menyalakan pelita dalam diri Anda sendiri”

(Jadilah Wanita yang paling bahagia, ‘Aidh bin Abdullah Al Qarni, IBS)

penat yang membahagiakan


owwh..
28/05/2011

perjalanan yang cukup indah untuk merapatkan kami sekeluarga yakni dgn mak mentua dan adik2...
terasa diri ini cukup bertuah kerana selama mana perjalanan kami.... ana cukup terasa sangat terhibur bersama mereka walaupun ana tak faham bahasa tamil yang mereka bualkan...
dari nilai 3..mencari baju pengantin...( cari2 yangtak jumpa2) kmudian ke klang dan masjid india...aya2...masih tak jumpa baju2 yang di cari...
tapi apa yang ana dapat hari ini ialah.................
tentang cara untuk ana mgenali ibu mentua dan adik2 ipar..
ya mak mentua yang agk unik kerana dia pandai mereka fesyen... dan amat rajin org nya serta satu lg yg ana tkejut ...mak mentua suka pergi kedai emas...aik? rupa2nya sdg mcr idea cincin emas ..
adik rahimah plak sgt kreatif dlm mreka design baju.............sdgkan adik nafisa seorg yang akan mbr komen ats design tsbt.......
 wah.........ana sgt mharap yang kami kekal bahagia hngga ke syurga.....bgitu jua..amien.......
( sibuk mmilih kain )
ya allah... nh kali pertama ana mmasuki kedai sari ..penuh sari2... apa kaitan dgn sari? harganya pun mahal? rupanya ana akan pakai sari........hehe btul ker? jubah bersari lah

( mak tengah design baju)

akhir nya dari pagi hingga ke malam...kami hanya mmaksa mata untuk tbuka n kaki trus bjalan tp tiada apa yang dbeli namun itu semua adalah kenangan..

Friday, May 27, 2011

hadapi semuanya dengan senyuman =)



27/5/2011 ~ detik2 indah ukhuwah BQA 1~

Ana,zawiah,rasyidah,azliha,roslina dr KK1 usim ke hsptl serdang untuk mziarahi ukhti zahiedah yg telah slmt mjalani pembedahan kerana di serang apendiks ..

Perjalann yg  indah =) …naik bus mini ( lama dh tak naik bus tue,kcuali swaktu blajar di kisas 3tahun yg lps) n then naik ktm……….dari nilai ke serdang ( yeah2 dapat tempat duduk)… n bla sampai ke ktm serdang…

Kami pikir nk jalan kaki or naik teksi or naik bus?bla Tanya teksi ,beliau nak amik rm13 ..wah2..agk  cekik darah loh… so kami naik bus…jimat rm8………



Skrg musim bjimat cermat coz smua dh pokai krn short sem………..
Urm…bla smpi dkt hsptl…sesat plak cr wad… 

Sabo2 tanda ukhuwah kami… ana yang tua nh (dah tua ker) hakikatnya lah…umi kpd ank2 dlm kelas2…
Alhamdulillah..sampai  jua bjumpa dgn ukhti zahiedah dan ukhti azmina ( yg mjga idah dkt wad) happya..krn dpt bjumpa…sggh kasihan mlihat ukhti zahiedah ( mga cpt sembuh)

Ana yg semangnya takut pd jarum n tak brapa suka hsptl………ada crita bsiri mrangkumi urat2 saraf otak ana… bila ana teringat satu kisah yang ana cabut lari apabila seorg doctor ingn mcucuk tgn ini dgn jarum…….=)

mari kita mgenali apa itu apendiks ( cam seram jer)


-Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. 

apa itu apendisitis?..

apendisitis adalah nama penyakit yang berlaku pada bahagian apendik..Apendisitis merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

punca penyakit apendisitis?

ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengannya seperti benda keras yang tersangkut di pangkal apendiks seperti najis, sisa-sisa makanan seperti biji-bijian dan, batu karang.

petanda awal serangan apendik?

1.berasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

2.Tidak lama kemudian, kesakitan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan. 

3.Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika anda bergerak, batuk atau berjalan.

siapa yang selalu menjadi mangsa?

mangsa serangana penyakit apendisitis ini biasanaya dari kalangan remaja belasan tahun dan tidak terkecuali juga kanak-kanak..bagi golongan dewasa berusia 40 tahun kebiasaanya ianya dikenali sebagai kanser usus tetapi jarang dijumpai.

jenis-jenis rawatan 

1.diagnosis
-Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas perut anda dengan menekan sedikit bahagian yang sakit.
Ujian darah dan sinar X juga mungkin dilakukan bagi memastikan tiada penyakit lain yang menyerupai simptom-simptom apendisitis.

2.rawatan pembedahan

-Menerusi pembedahan apendektomi secara terbuka, apendiks yang panjangnya 5 hingga 10 cm akan dibuang pada peringkat pangkal. Luka torehannya adalah di antara 3 hingga 5 sentimeter, bergantung kepada tahap kegemukan atau obesiti pesakit.

-bagi sesetengah kes yang menyerupai apendisitis di mana apendisitis masih belum pasti, doktor menggunakan kaedah laparoskopi untuk membuat diagnosis.kaedah ini akan meninggalkan parut yang tidak menghodohkan dan akan lebih cepat sembuh

selepas pembedahan

biasanya pesakit akan dapat cuti selama 2 minggu dan akan dibekalkan dengan ubat antibiotik dan ubat penahan sakit. pesakit juga akan mendapat rawatan susulan sebanyak sekali atau dua kali bergantung kepada keadaan.

Wednesday, May 25, 2011

Muliakanlah Tiga Golongan Untuk Mendapat Reda Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pada malam aku di Israkkan, aku mendengar Allah berfirman maksudnya : 'Hai Muhammad! Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulama dan penghafaz Al Quran'."

Kenapakah Allah S.W.T. memerentahkan Nabi S.A.W. untuk memberitahu umatnya bahawa Dia memerintakkan (mewajibkan) untuk memberi kemuliaan kepada tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulama dan penghafaz al-Quran.?

Jika kita meneliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi  terdapat banyak arahan yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya terhadap tiga golongan tersebut.

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Memuliakan kedua ibu bapa.

Kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya."
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan tanpa rasa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk syurga. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis Riwayat Hakim).

Oleh itu, sebagai muslim yang takut seksaan Allah serta selalu mengharapkan keredaan-Nya, hendaklah selalu berbuat baik, menunjukkan muka manis, menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran kepada Allah.

Sikap yang baik inilah yang selalu diinginkan oleh ibu bapa daripada anaknya. Jika terlanjur melakukan penderhakaan terhadap mereka, segera meminta ampun ampun serta bertaubat kepada Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada setiap hamba yang memohon keampunan daripada-Nya.

Kedua : Memuliakan alim ulama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah para ulama.”
(Surah Fathir ayat 28)

Orang yang paling takut kepada Allah S.W.T. adalah ulama. Ulama adalah orang mukmin yang berilmu dan menghayati ilmu tersebut dan beristiqamah. Ilmu yang bermanfaat yang dimilikinya akan disampaikan kepada orang lain dengan hati yang ikhlas dan semata-mata mencari reda Allah S.W.T.

Ulama adalah pewaris Nabi. Di dalam hadis ada memperjelaskan bahawa tugas-tugas utama bagi golongan ulama yang bertanggungjawab sebagai penyimpan amanah warisan Rasulullah S.A.W.  adalah untuk mengekalkan ketulinan ajaran-ajaran Islam dari apa jua bentuk pencemaran atau penambahan. Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), bererti telah mengambil bahagian yang sempurna.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya)

Ibnu Abbas berkata : "Ulama ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Siapa saja yang tidak peduli terhadap urusan kaum muslim, maka dia bukanlah kaum muslim. Siapa saja yang di pagi hari dan di petang hari tidak menjadi penasihat untuk Allah, Rasul, kitab dan imam-Nya serta seluruh kaum muslim, maka dia bukan termasuk muslim.” (Al-Hafidh Jalaluddin as-Suyuthi, Jami’ al-Masanid wa al-Marasil)

Oleh itu, para ulama terdahulu benar-benar telah meletakkan dirinya menjadi pendakwah dan pendidik, bukan hanya orang yang berilmu, tetapi bagaimana ilmu mereka boleh digunakan untuk mewujudkan kemaslahatan umat dan dilaksanakan semata-mata kerana Allah S.W.T.

Daripada Abdullah bin Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasakan ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W diatas jelaslah kepada kita betapa pentingnya ulama dimuliakan dan dihormati. Tanda seorang itu beriman dan bertakwa dia akan memuliakan ulama sebagai pewaris Rasulullah S.A.W. Tetapi jika ulama telah menyimpang daripada landasan sebenarnya dan membiarkan kemungkaran dihadapan mata tidak ditegur dan di ambil tindakkan atau sentiasa membenarkan kemungkaran yang dibuat oleh umarak maka ulama seperti ini akan hilang kewibawaannya dan dia tidak akan dihormati. Ulama perlu tegas di dalam amar makruf nahi mungkar dan bersedia memikul amanah yang besar iaitu mendaulatkan Islam dan menegakkan hukum-hukum Allah S.W.T. di atas muka bumi ini.

Berlaku juga di dalam masyarakat kita para alim ulama dihina dan difitnah di media masa dan umarak kerana mereka ingin menegakkan ajaran Islam. Perlu diingat mereka yang bertanggungjawab memfitnah ulama yang ikhlas dan warak  akan mendapat laknat Allah S.W.T di dunia dan akhirat . Allah S.W.T akan menarik keberkatan dalam hidup mereka.

Ketiga :  Memuliakan Penghafaz al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud)

Begitu mulianya seorang yang menjadi penghafaz al-Quran. Allah S.W.T memberi penghormatan dan ganjaran yang besar kepada penghafaz al-Quran di dunia dan akhirat . Allah S.W.T. sendiri meminta Nabi S.A.W. memberitahu kepada umat untuk memuliakan penghafaz al-Quran kerana mereka adalah golongan yang membawa al-Quran di dada-dada mereka dan menjamin kesucian al-Quran tidak boleh diselewengkan oleh orang kafir dan munafik.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita memuliakan tiga golongan yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. semata-mata untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. Janganlah kita merosakkan masa depan kita di hari akhirat nanti dengan kita derhaka kepada ibu bapa, menghina ulama dan membenci penghafaz al-Quran. Jadilah diri kita mukmin yang soleh dan solehah dengan mentaati dan menghormati kedua ibu bapa, mencintai para alim ulama dan penghafaz al-Quran.

Tuesday, May 24, 2011

Elaika - PadaMu Ya ALLAH




إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

TAUTAN MINDA

Dengarlah Doa Ku

Ya ALLAH,
Dengan ilmuMu atas yang ghaib dan kuasaMu atas seluruh makhluk
Hidupkanlah aku jika dalam pengetahuanMu kehidupan itu lebih baik bagiku
Dan matikanlah aku jika dalam pengetahuanMu kematian itu lebih baik bagiku

Ya ALLAH,
Aku mohon kepadaMu rasa takut baik pada saat terlihat maupun tersembunyi
Aku mohon kepadaMu kalimat yang benar pada waktu rela maupun marah
Aku mohon kepadaMu sifat hemat pada waktu fakir maupun kaya
Aku mohon kepadaMu nikmat yang tak habis-habis
Aku mohon kepadaMu kesenangan hati yang tak pernah putus
Aku mohon kepadaMu kerelaan setelah ada ketetapan, sejuknya kehidupan setelah mati
Nikmat saat melihatMu dan rasa rindu untuk bertemu denganMu
Tidak dalam kesulitan yang menyengsarakan
Tidak pula dalam fitnah yang menyesatkan

Ya ALLAH,
Hiasilah kami dengan hiasan keimanan
Dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk bagi orang-orang yang mendapat petunjuk
Amiin.

(HR. An-Nasa’i, Imam Ahmad, Ibnu Hibban)

Hidup

Hidup

Perjuangan abadi Oleh semua yang bernafas

Yang merasai akan agungnya Karya ciptaannya

Hidup Menempuh pelbagai cabaran

Semata untuk mempastikan

Kita pejuang yang berjaya

Menempuh dan mengalami

Ertinya yang sebenar..

Hidup pelbagai Definisi diberikan Kepalsuan, kesusahan, Kerakusan Dan kebahagiaan

Namun satu yang dicariPengalaman yang tidak akan Kembali..

Hidup Akhirmu bukan dikubur

Namun bergantung kepada

Perjuanganmu Nanti akan ditentukannya...

Asma Allah Lyrics

Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee’, Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra’uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha’fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu’izzu a’izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa’ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)

Islamic